salam...
ohayosan~~~~
wahh... best sungguh pagi ni.. bersarapan dengan nasi goreng n miso shiru...
apa kejadahnya mende alah miso shiru tu??
miso shiru ( sup miso ) adalah sejenis sup yang patinya dibuat dari tahu dan beras..
normally japanese makan sup ini bersama2 dgn heavy meal mereka everytime..
macam kita mkn nasi goreng/nasi ayam dgn sup tu...
isi dia kdg2 org letak tahu, ala-ala, ketam pun ade... isi yg wajib ada, tahu lembut, seaweed dan daun bawang.
tapi aku biasanya suka yg biasa2 shj, pastu buh seaweed dgn daun bawang bnyak2.. perghh.. marbeleessss...
bahan-bahan :
pati miso shiro (boleh dapat kat Jusco)
pati ikan bilis
garam
seaweed
tahu lembut
bahagian bawah daun bawang (dr bhgn akar hingga ke pangkal daun bawang tu)
*semua bahan ikut cukup rasa sahaja kecuali pati miso.agak2 nak buat untuk seorang, cukup satu sudu besar*
cara penyediaan:
- didihkan air
- bancuh pati miso dgn air didihan tadi dan tuang kembali ke dalam periuk.
- tambah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
- perlahankan api, pastikan sup miso itu tak menggelegak (masak dgn api kecik, kalau menggelegak aroma miso tu akan hilang.
- masukkan tahu lembut yg telah dipotong kecil2.
- masukkan seaweed.
- setelah seaweed kembang, masukkan hujung daun bawang yg telah dipotong halus.
- sejukkan dan...... santappppppppppp..
- sup miso ini memang bagus untuk kesihatan. penyediaan sebenar kalau ikut style org jepun tak pakai garam tapi derang rebus satu bahan lebih kurang buat pati ikan.
- sup ini dikatakan anti-cancer sup sebab kandungan tahu dalamnya banyak... tahu kan elok untuk kesihatan.
- kalau agak2 nak diet malam2 takmau makan berat pun boleh buat sup ni.
dulu2 aku x makan tauhu ni... mmg tak boleh belahhh... tak padan ke orang jawa tapi x doyan tauhu.tapi sejak minum sup ni aku dah suka tauhu.tapi tauhu lembut jela..kalau goreng ke, buat tauhu sumbat ke x minat gakkk....
*doyan = suka
errr...agak2 patut ke aku bukak webtionary tentang words in Javanese ?? javanese okeyhhh, bukan japanese.... hahahaha
2 comments:
he.he.buatler webtionary tu..
huhu..ilmu masih belum penuh di dada.... hehe
Post a Comment